Rakan saya pernah menulis; " Saya sangat suka membaca perihal tentang sesuatu tempat, sejarahnya, keadaan manusianya, cuacanya dan sebagainya. Saya suka, saya minat". Oleh itu, apabila beliau pergi ke suatu tempat, beliau akan menulis tentang tempat itu: sejarahnya, geografinya, masyarakatnya, dan lain-lain. Saya amat meminati tulisan beliau dan tulisan-tulisan orang lain, berkenaan dengan tempat yang mereka ziarahi. Budaya sekarang dipanggil 'travelling'.
Beginilah asas kepada penemuan ilmu sosiology. Bapa Sosiology, Ibn Khaldun telah mengembara ke banyak tempat, seterusnya membukukan pemerhatian-pemerhatiannya. Lalu, lahirlah kitab 'Al-Muqaddimah' yang terkenal itu.
Ibn Battuta, Marco Polo, Laksamana Cheng Ho, adalah beberapa pelayar yang terkenal, atau diistilahkan sekarang sebagai 'traveler'. Bahasa Melayu mungkin boleh panggil 'pelancong sepenuh masa'. Tapi mereka bukan melancong saja-saja. Mereka mencatit apa yang mereka alami. Lalu setelah cendikiawan zaman sekarang meneliti catatan mereka, mereka dapat mengetahui banyak sejarah-sejarah lama. Tidak disangka, dengan melancong pun boleh jadi terkenal.
Jika anda seorang sejarahwan, dan anda mahu mengkaji tentang sejarah-sejarah Tanah Melayu, misalnya, anda tidak akan dapati rujukan untuk membuat kajian, kecuali dari tulisan-tulisan 'Mat Salleh' yang bermastautin di Tanah Melayu ketika itu. Ramai orang melayu ketika itu, namun bezanya, mereka tidak MENULIS.
Ok, hari ini, saya akan mulakan rangkaian penulisan saya (insyallah), tentang tempat-tempat yang saya lawati.
Sekinchan, pekan warisan nenek moyang.
Minggu lepas, saya berpeluang ke pekan Sekinchan untuk menziarahi seorang sahabat. Ia adalah sebuah pekan yang berada di Daerah Saba' Bernam. Lebih kurang 30 km dari Bandar Kuala Selangor, perjalanan menaiki kereta hanya memakan masa lebih kurang 15 minit.
Geografi umum.
Pekan yang paling selatan, dalam daerah Selangor yang paling utara. Begitulah kedudukannya dalam peta. Di Daerah ini, ada 2 kerusi Parlimen dan 5 DUN. Semuanya dimenangi oleh Barisan Nasional, kecuali pekan ini, yakni ditanda DUN N4. Wakil rakyat adalah Ng Suee Lin, dari DAP. DUN Dato' Khir Toyo adalah jiran sebelah sahaja.
Ekonomi
Disebabkan ini adalah kawasan kampung dan sangat dekat dengan laut, kebanyakan penduduk Melayu di sini bekerja sebagai petani dan nelayan. Pertanian utama di sini adalah tanaman padi. Ketika saya melawat tempat ini, padi baru sahaja dituai. Lebih menarik lagi, hasil padi di kawasan utara Selangor adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan hasil dari Kedah, mahupun Kelantan. Ini kerana, penanaman padi di sini menggunakan teknology moden.
Yang menyedihkan adalah, kaum Tiong Hua memonopoli perniagaan di pekan Sekinchan. Setelah saya pusing-pusing untuk beli barang, boleh dinisbahkan 1:100 kedai orang Islam dan bukan Islam. Walau betapa susah orang-orang Islam memungut hasil tanaman dan laut, yang mendapat untung terbesar adalah orang kafir.
Disebabkan kawasan ini indah dan jauh dari hiruk-pikuk bandar, perniagaan homestay banyak ditawarkan di sini. Pernah juga saya dengar, iklan Hari Raya PETRONAS, banyak shootingnya di sini.
Masyarakat
Kebanyakan kaum Melayu di sini adalah berketurunan Jawa. Barangkali kerana Medan, Senaboi dan Bandar Hilir hanya seberang sahaja. Kebanyakan anak muda berhijrah ke tempat lain, kerana peluang kerja yang terhad. Macam biasalah, kampung.
Rata-rata saya lihat, kesedaran pada Islam masih kurang. Asyik dengan agenda politik orang kampung. Walaubagaimanapun, budaya rewang sangat dipraktikkan di sini. ( macam kampung-kampung lain).
Dalam arena dakwah, orang kampung ada 'kelas' nya yang tersendiri. Caranya tidak sama dengan orang bandar. Ini dibuktikan dalam sirah Ar-Rasul, yakni dalam sahabat baginda, ada segelintir orang kampung ( Badwi ) yang agak kasar dalam tidakan-tindakan mereka. Ini tidak menjadi masalah selagi mana kita banyak bersabar dan pandai menggauli mereka.
Sampai sini sahaja penulisan saya tentang Sekinchan. Moga penulisan yang kecil ini menjadi pembuka untuk penulisan yang lebih besar akan datang, insyallah.
1 comment:
teruskan n ana harap akh catit hanya bukan dalam blog.
Post a Comment