Saban tahun, kita menyambut 1 Januari dengan meriah. Memandangkan ianya adalah tarikh tahun baru bagi setiap tahun, ramai yang memanfaatkannya dari sudut positif seperti memperbaharui azam, memuhasabah diri, mengadakan ceramah di surau dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan dengannya, seperti membuat ‘party’ dan sebagainya.
Dari segi lain, 1 Januari juga kaya dari sudut sejarahnya seperti pengisytiharan penubuhan United Nations (UN), tarikh kemerdekaan Negara Haiti dan Cuba dan sebagainya.
Namun begitu, adakah anda sedar bahawa tanggal 20 Januari juga mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi kepada negara kita? Saya percaya, kurang 20% dari rakyat Malaysia yang menyedari nilainya serta mengambil iktibar darinya. Walhal, ia adalah tarikh yang sangat perlu diingati, terutama bagi kita seorang warganegara Malaysia yang muslim.
SEGALANYA BERMULA DI SINI
Tanggal 20 Januari 1874, iaitu 136 tahun yang lampau, tarikh yang sama telah menyaksikan berlakunya peristiwa ‘Perjanjian Pangkor’. Menurut para sejarahwan, Ia telah dimeterai oleh 4 pihak iaitu pihak British yang diwakili Andrew Clarke, Sultan Abdullah, serta puak kongsi gelap Gee Hind an Hai San, di atas kapal British yang diberi nama H.M.S Pluto, di perairan Pulau Pangkor.
Ia dikatakan berpunca dari beberapa faktor. Pertama, permintaan Raja Abdullah kepada British untuk membantunya menaiki takhta, berhadapan dengan Sultan Perak ketika itu, Raja Ismail. Kedua, tawaran British untuk menolong Negeri Perak menamatkan pertelingkahan antara dua puak kongsi gelap iaitu Gee Hind an Hai San. Ini adalah untuk kepentingan industri biji timah, sekaligus dapat menambahbaik pelaburan British serta ekonomi Negeri Perak.
Namun begitu, kita semua mengetahui ‘tujuan tersembunyi’ yang diinginkan pihak British. Jangan kita lupa bahawa penjajah barat membawa misi ‘3G’ ke tanah Melayu : Gold, Glory & Gospel. Tetapi yang tercatat di sini, British hanya mendapat manfaat ‘Gold’ sahaja.
Dalam perjanjian tersebut, Sultan Perak bersetuju menerima James Wheeler Woodford Birch atau lebih dikenail sebagai James W.W Birch sebagai Residen. Jawatan Residen adalah setaraf dengan jawatan Menteri Besar di zaman ini.
MENGAPA ANDA PERLU MENGINGATI TARIKH INI
Perjanjian Pangkor menandakan bermulanya campur tangan British dalam pemerintahan orang Melayu secara rasmi. Negeri Perak merupakan negeri pertama di Tanah Melayu dan menerimapakai sistem Residen daripada 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Cuba anda bayangkan sejenak, segala sistem urustadbir, ekonomi, perundangan, pendidikan dan undang-undang Malaysia yang kita gunapakai hari ini, mula diimplimentasikan British pada 20 Januari 1874. Segala sistem hidup yang dicedok dari Barat ini ternyata gagal dalam menguruskan kehidupan manusia. Ia terbukti dengan kekecohan undang-undang yang berlaku pada hari ini, dan sebagainya.
Perjanjian Pangkor juga menjadi modul asas kepada British untuk masuk campur pemerintahan negeri-negeri yang lain. Jika dilihat di sini, kebanyakan modus operandinya adalah dengan mengambil peluang perebutan takhta di negeri tersebut, samada di Negeri-Negeri Bersekutu, mahupun Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.
Perjanjian Pangkor juga merupakan menifestasi kelanjutan Perjanjian Inggeris-Belanda (1824). Cuma, perjanjian ini lebih bertamadun kerana ia melibatkan pemimpin tempatan.
PENGAJARAN-PENGAJARAN
1. Perpecahan adalah pembuka kepada bencana bagi satu-satu umat. Ia adalah rukun alam. Umat Islam di zaman dahulu juga berjaya dikalahkan kerana perpecahan mereka. Dalam konteks negara Malaysia, perpecahan antara umat Melayu Muslim haruslah dijauhi dan diperbaiki.
2. Musuh di zaman sekarang adalah sangat licik. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara dan segala kesempatan yang ada untuk mengalahkan kita. Mereka akan datang kepada kita sebagai kawan tatkala kita dalam kesusahan. Tanpa kita sedari, nasi telah pun menjadi bubur. Oleh itu, kita harus sentiasa berhati-hati dengan serangan-serangan halus mereka.
3. Kita hendaklah mempertingkatkan pengetahuan kita dalam sejarah. Kerana ia dapat menunjukkan kepada kita cara yang betul ketika menghadapi krisis. Sebagaimana para fuqaha’ menentukan hukum fiqh melalui perbuatan baginda yang telah lalu, begitu jugalah kita sepatutnya dapat memanfaatkan sejarah dalam kehidupan kita.
Wallahualam.
Rujukan:
1. Persatuan Sejarah Malaysia
2. Ensiklopedia Britannica
3. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 & 2

1 comment:
sejarah daulat tanah ini dgn islam perlu disebar luas..harap beri tunjuk ajar:)
Post a Comment