Wednesday, December 8, 2010

Muhasabah



Belajar di negara Arab nyata sangat menguntungkan. Di mana-mana sahaja kita boleh dapatkan ilmu agama. Mungkin jiran kita adalah ulama Quran yang punyai banyak sanad,
mungkin imam masjid di rumah kita pakar dalam bidang Usul Fiqh. Markaz Bahasa Arab bersepah di sana-sini. Kelas 'talaqqi' juga mudah didapati. Apa yang tinggal hanyalah kemahuan.

Sempena ulangtahun hijrah 1432 baru-baru ini, saya tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan pandangan-pandangan mereka. Seorang syeikh Al-Azhar berucap dalam satu majlis ilmu, memulakan majlisnya dengan kisah hijrah Rasulullah.



" Sebelum wujudnya kalendar hijrah, masyarakat Arab menyatakan tahun-tahun mereka dengan menyadarkan pada peristiwa-peristiwa besar. Contohnya "tahun ini adalah 2 tahun selepas peristiwa bergajah" ataupun " 3 tahun sebelum peristiwa bergajah," dsb.

"Oleh itu ketika Umar r.a memerintah, beliau ingin wujudkan kalendar Islam agar dapat memudahkan urusan serta bersih dari budaya Kristian. ( Kristian sudahpun menggunapakai kalendar Masihi, yang dicipta mereka ) "

"Wujud 3 cadangan peristiwa untuk mnyandarkan kalendar Islam. Pertama, tahun kelahiran Rasulullah s.a.w, kedua peristiwa hijrah, ketiga Tahun Kesedihan yakni tahun di mana Isra' Mikraj berlaku."

" Cadangan pertama ditolak kerana mirip kepada Kristian yang menggunakan kelahiran Nabi Isa sebagai sandaran. Cadangan ketiga juga ditolak kerana semua umat Islam akan berasa sedih setiap kali memikirkannya. Cadangan yang paling sesuai adalah peristiwa hijrah, agar semua orang dapat mengambil manfaat dari mengingatinya."

Syeikh tersebut menyambung kalamnya " Imam Al-Ghazali, yang mengarang kitab Ihya Ulumuddin mempunyai satu amalan harian yang unik. Setiap kali sebelum beliau masuk tidur, beliau akan memuhasabah diri tentang amalan baik dan buruk yang telah beliau lakukan pada hari tersebut.

" Jika didapati amalan baik lebih banyak, beliau akan tidur. Tetapi jika didapati amalan jahat lebih banyak, maka beliau akan lakukan ibadah seperti solat, beristigfar dan membaca quran, hinggalah beliau fikirkan cukup untuk menampung amalan jahat baliau."

" Saya bukan mengajak anda melakukannya setiap hari, atau setiap bulan, tetapi mengajak anda melakukannya sekali setahun. Dan waktu yang paling sesuai saya rasa adalah pada permulaan tahun baru ini."

2 comments:

Ahmad said...

minta copy serba sedikit maklumat ke dalam blog ana..

HazHand said...

moga anda slmt di mana2 anda brade!!! :') -hasifzul~