Monday, July 20, 2009

The missing piece of a puzzle



(Harap maaf, posting ini sangat lewat diterbitkan dari masa sepatutnya. Namun bagi saya, ini bukan ‘isu basi’ )

Rusuhan Nadrah binti Ma’arof sangat mengingatkan saya tentang peristiwa ketika zaman kemuncak Islam dahulu. Di mana satu wanita muslimah diganggu oleh seorang Yahudi kerana memakai hijab, lalu datang satu ancaman dari khalifah dan para muslimin untuk menghantar satu gerombolan tentera yang besar yang disebut sebagai: “kepalanya di negara kamu, dan ekornya di negara ku”.

Sangat signifikan bukan, bagaimana 2 peristiwa ini berhubungkait. Persoalannya adalah, ‘the Nadrah riot’ ini baru 59 tahun meninggalkan kita, oleh itu di manakah semangat kebangkitan 3000 mujahid di Singapura itu menghilang?

Hmm…

Aiikk…?

Fikir-fikir balik, kalau bukan kerana kematian Nadrah, saya yang baru hidup 20 tahun ni pun tak akan tahu peristiwa besar ini. Bayangkan, ketika isu ini meletus, semua umat Islam di Malaya terutama di kawasan selatan bangkit menentang British dan Belanda. 3000 muslimin bertemur dengan polis dan pihak berkuasa, menyebabkan beberapa anggota mati dan beberapa lain cedera. Di pihak muslimin pula, beberapa orang ditembak mati, beratus-ratus dipenjarakan dan berpuluh-puluh lagi cedera parah. Malahan, seorang pemuda sanggup dikahwinkan dengan Nadrah yang baru mencecah umur 13 tahun untuk mendapatkan hak penjagaan dari Mahkamah. Perintah berkurung dikenakan selama 2 hari.

Para seniman tidak kurang menyumbang dengan menerbitan sebuah filem khas tentang kehidupan Nadrah. Nama Nadrah menghiasi mukadepan akhbar-akhbar utama negara. Ia adalah satu ‘phenomenon’ kerana peristiwa ini melibatkan banyak pertembungan. Pertembungan bangsa, pertembungan penjajah-tawanan, dan paling penting PERTEMBUNGAN AGAMA.

Lagi-lagi isu panas ini berlaku di tengah-tengah bandar Singapura (antara kota terpesat di Malaya ketika itu, macam KL sekarang) menyebabkan ia bagaikan ‘menyimbah minyak ke api’. Bayangkan pada tahun 1998 ketika demonstrasi penyokong Anwar Ibrahim meletus di KL, baru beberapa orang terkena gas pemedih mata, kecohnya sehingga menarik perhatian dunia. Apatah lagi peristiwa ini menyebabkan pergaduhan dan kematian di ‘the eye of Asia’!

Pun begitu, ia disenyapkan dari generasi muslim-malaya macam saya ni. Saya ‘dipaksa’ menghafal sejarah landasan keretapi, sejarah pokok getah, dan pelbagai lagi sejarah di sekolah menengah yang bagi saya bernilai rendah berbanding peristiwa berdarah ini. Tragedi di Singapura ini yang mempunyai nilai sejarah tinggi tidak pula diselitkan. Lebih teruk lagi, nama Nadrah langsung tiada dalam buku sejarah!

………….

OK, saya dah dapat jawapan saya!

No comments: