Friday, June 12, 2009

Seni interaksi




Saya pernah terbaca pengalaman seorang wartawan Malaysia bersemuka dengan Presiden Barrack Obama. Walaupun baru beberapa minit berwawancara, wartawan tersebut berasa sangat tertarik dengan gayanya dan merasa ‘sangat intim’ dan ‘macam sudah lama kenal’. Ini adalah seni interaksi yang dimiliki Obama. Apa yang beliau lakukan? Wallahualam, tidak pula ditulis di situ.

Seni interaksi/ fiqh muamalat/ public relation skill adalah kemahiran bergaul dengan manusia dengan halus dan mesra. Dengannya, hubungan ukhuwwah yang erat dapat dicipta dalam masa yang singkat, dapat mempengaruhi pendapat orang lain, serta dapat menggerakkan seseorang kepada amal yang diingini.

Contoh mudah, kejut orang bangun subuh. Bangun subuh adalah satu perkara yang bagus dan dituntut syara’. Namun jika tidak kena pada caranya, orang yang dikejut mungkin mengamuk dan benci untuk bangun subuh, walaupun ianya perkara yang bagus. Di sinilah letaknya kepentingan seni interaksi.

Mungkin ada yang berkata “saya pun boleh boleh kawan 8-9 orang dalam satu-satu masa, buat apa nak berseni-seni lagi?” Ya, memang betul. Tapi itu kemampuan orang biasa. Orang yang betul-betul kuasai skill ini, satu kampung mengenali dia. Tua, muda, hatta kanak-kanak sekalipun senang akannya dan mahu ikut arahannya dengan rela hati. Modalnya bukan sahaja akhlak mulia, tapi mesti ‘bijak’ sikit.

Orang yang betul-betul kuasai seni ini pada saya adalah Rasulullah s.a.w sendiri. Lihatlah bagaimana baginda berinteraksi dengan penjaga kebun anggur. Terus, dia masuk Islam. Lihat juga keunikan baginda mengejut isterinya, Aisyah dengan berkata: ”bangun, dan lihatlah rahmat Allah turun kala dinihari”. Terus, Aisyah bangun bertahajjud. Lihat juga kecerdikan baginda berinteraksi dengan Suhail bin Amru. Terus, bekas musuh Allah itu jatuh hati pada Islam.

Dari pengamatan saya, mereka yang mempunyai skill ini akan lebih keterhadapan dalam dakwah. Semakin tinggi penguasaannya, semakin maju ia dalam selangkah. Jika seorang akh kurang kuasai kemahiran ini, dia hanya boleh tolong-tolong di belakang sahaja, tanpa berkemampuan melonjak harakah pada peringkat seterusnya. Kerana inilah dakwah…..berkenalan, dan berinteraksi.

Ada sebuah buku yang dapat mengajar kita serba-sedikit ilmu ini, Toriq ila qulub karangan Abbas Assisi. Karyawan barat juga banyak yang menulis tentang PR skills ini.

Tapi dalam buku-buku ini baru cerita sedikit. Nak lebih?........

Kena cari sendiri :)

2 comments:

Mukmin Mohd Khairi said...

mabruk ya akh!! bila nak sampai sini..??

muaz said...

mabruk ya akhi. minta copy untuk santapan semua pelajar... syukran!