Thursday, January 22, 2009

Keajaiban iman di Gaza



Tahniah kepada HAMAS kerana telah berjaya menghalau Israel dari Semenanjung Gaza. Diharapkan kemenangan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata umat Islam sedunia betapa sikitnya bantuan dapat disalurkan kesan dari kelemahan umat Islam itu sendiri. Moga kebangkitan yang diharapkan dapat diperlajukan lagi.

Taktik yang lapuk

Dari awal lagi, memang telah dipastikan HAMAS akan memenangi perang nafas panjang ini. Sejak dari mula, telah dijangkakan bahawa serangan akan dilancarkan bukan untuk 2, 3 hari sahaja, tetapi untuk 30 hari atau lebih. Dalam peperangan sebegini, perang psikology dapat membantu kemenangan.

Langkah awal Israel adalah untuk melemahkan sokongan rakyat Palestin kepada pejuang, dengan kata lain, apabila rakyat tidak menyokong perjuangan HAMAS, moral pejuang akan turun serta mudah menyerah diri. Ini juga dapat memudahkan tentera Israel apabila rakyat yang telah mahir selok-belok topografi di Gaza, turut memburu pejuang HAMAS.

Kanak-kanak yang dibakar oleh bom fosforus di Gaza

Perang psikology telah bermula bertahun lamanya, sejak HAMAS memegang tampuk pemerintahan. Wang kerajaan disekat, sempadan ditutup, gaji tidak dibayar dan rakyat kelaparan.

Semasa perang pula, rakyat awam dibunuh,pemplet disebarkan melalui surat udara, dan media berbahasa arab juga digunakan. Ini semua hanyalah untuk melemahkan sokongan rakyat kepada HAMAS. Namun ia terbukti gagal. Ia adalah hasil kefahaman dan kepercayaan mendalam yang HAMAS terapkan pada masyarakat awam. Langkah ini sangat sangat wajar dicontohi oleh jemaah-jemaah Islam di Malaysia.

Rukun 3 kekuatan

Hasil kajian mendalam Al-Banna terhap Al-Quran dan sirah, beliau merumuskan 3 tangkat kekuatan:

1. Kekuatan iman
2. Kekuatan ukhuwwah
3. Kekuatan material

Apakah kekuatan yang ada pada HAMAS untuk melayakkannya menang pada perang ini?

Jikalau kekuatan material, sudah tentu Israel lebih kehadapan. Dikatakan Israel sebenarnya boleh melenyapkan 1.5 juta rakyat Palestin serta boleh meratakan Gaza menjadi padang jarak padang tekukur dalam sekelip mata menggunakan senjata nuklearnya, lihatlah juga kereta kebal Merkava yang menyerang dari selatan, korvet-korvet di laut yang menyerang dari arah utara seperti INS Eliat, INS Lahay dan INS Hanit, jet-jet pejuang F-16 serta helicopter Apache yang dibekalkan AS. Belum lagi dikira sistem laser dan satelit bersepadu. Semua ini menentang roket Al-Qassam buatan sendiri!

Dari segi kekuatan ukhuwwah pula, pihak lawan jauh lebih bersatu dari HAMAS. Mereka punyai NATO, PBB, EU, malah hampir semua pemimpin Arab bersetongkol dengan mereka. Di pihak HAMAS pula, walaupun umat Islam berjumlah 13 billion lebih, namun satu bantuan pun, samada ketenteraan mahupun perubatan gagal disalurkan ke Gaza hasil perpecahan mereka.

Jadi, HAMAS telah kalah sebanyak 2 kali.

Kemenangan ini tidak lain tidak bukan adalah kesan daripada iman yang subur, silaturrahim dengan Allah yang erat, serta tawakkal yang mengakar umbi di hati-hati mereka. Keimanan mereka telah diuji dengan berbagai-bagai dugaan, terbukti ini membersihkan dan mengentalkanlagi iman mereka. Sehingga slogan mereka adalah “ cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung”. Anda telah melihat sendiri di televisyen, memang HAMAS tiada peluang untuk menang. Sungguh, ini adalah keajaiban iman!

Sejarah Agung telah berulang di Gaza

Dalam surah Al-Baqarah, ayat 247, Allah telah merakamkan satu peristiwa yang cukup bermakna. Ketika berlaku penapisan tentera Talut di sebuah wadi, tentera yang minum dengan banyak berkata kepada mereka yang tetap imannya: “ sesungguhnya aku takut untuk menentang Jalut dan tenteranya”. Lalu mereka yang tetap imannya berkata “ berapa banyak sudah kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah”. Ini juga kata-kata mereka yang sangat-sangat percaya kepada Allah. Dalam hati mereka hanya berzikir: “ …tiada yang kuat melainkan Allah….”. Nah, akhirnya mereka menang menentang tentera Jalut yang kuat dan besar.

Seperti itu juga yang berlaku di Badar, 313 orang yang sehelai sepinggang, melawan 1000 orang yang lengkap dengan baju besi, perisai dan kuda perang.

Dan kini, ia berulang sekali lagi di Gaza.

Akhirnya…

Marilah kita jadikan kemenangan ini sebagai iktibar. Tiada jalan lain atau jalan cepat untuk menuju kabangkitan hakiki. Jadikanlah ini sebagai titik tolak untuk kita lebih komited pada program tarbawi, lebih rajin mencari mad’u, serta labih sabar menghadapi rintangan yang sememangnya sunnah dalam jalan ini. Buangkanlah sifat hasad dalam hati, walau sesama muslim.

Saya teringat satu rangkap lagu sekolah saya yang baru, iaitu SMAH, Ipoh. Ia berbunyi : “….amal menjadi bukti….amal menjadi bukti……”.

Memang, cakap saja tidak cukup.

4 comments:

Anonymous said...

"..sekolah saya yang baru.."
wah2~bittaufik wannagah

Anonymous said...

menarik !

seeru 'ala barakatillah .

tapi , ada sedikit pembetulan bahasa melayu di sini [bukan isu besar sgt..tapi nampak mcm sedikit pelik bila membacanya] , pada perenggan ini:

"Dari segi kekuatan ukhuwwah pula, pihak lawan jauh lebih bersatu dari HAMAS. Mereka punyai NATO, PBB, EU, malah hampir semua pemimpin Arab bersetongkol dengan mereka. Di pihak HAMAS pula, walaupun umat Islam berjumlah 13 billion lebih, namun satu bantuan pun, samada ketenteraan mahupun perubatan gagal disalurkan ke Gaza hasil perpecahan mereka. "

bersekongkol atau.. bersetongkol?
rasanya bersekongkol.. :)

wallahu a'lam.
teruskan juhud !

Anonymous said...

Salam.

terima kasih atas teguran, i.A saya akan cuba perbaiki lagi pada masa akan datang.

harap dapat lebih fokus diskusi pada isu.

Mukmin bin Mohd Khairi said...

salam.. mabruk ya akh..
lebih membuka minda.. SYABAS dan TAHNIAH..
siapa lagi ber sama enta di SMAH?(yg ana knal)
boleh forward ym/email enta?