Saturday, September 15, 2007

kenapa ku ucap kalimah syahadah?




Kenapa ku ucap kalimah syahadah?.......makna dan implikasinya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikhwah dan akhawat yang saya hormati sekelian, semua orang mahu menjadi rijal, iaitu macam manusia hebatlah dalam Islam. Kerana apa? Kerana dengan rijallah kita boleh tegakkan khilafah, dll. Peringkat bawah sikit adalah mu'min dan yang paling asas adalah muslim. Ini berdasarkan 2 ayat Quran: " Di kalangan orang-orang mu'min itu ada rijal.." Al-Ahzaab (23) dan " dan janganlah kamu berkata kamu telah beriman (mu'min) tetapi katalah kamu telah berserah diri (muslim)..." (Al-Hujuraat: 14)


Ana percaya, semua orang yang pernah melalui tarbiah ini pasti akan bercita-cita untuk menjadi rijal. Tetapi kemahuan yang tinggi ini kadang-kadang menyebabkan kita lupa yang bawah dah 'settle' ke belum. Cuba kita lihat kembali peringkat paling asas iaitu muslim ataupun 'orang yang berserah diri'

Ikhwah sekalian, rukun Islam ada 5: syahadah, solat, zakat, haji dan puasa. Sekali imbas nampak macam mudah je nak buat. Takpe, takpe, kita tengok yang pertama sekali iaitu mengucap kalimah syahadah.

Asyhadu al Laa ila ha illallah, wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah....sekali sebut macam takde apa-apa. Dah selalu sangat sebut dalam solat, dah lali dah pun.

Sekali tanya, apa yang anda maksudkan dengan Laa ila ha illallah? apa yang anda yakin tentang tiada tuhan selain Allah? Bila dah kena soal, kita pun keluarlah segala fakta sains yang kita baca dalam buku Harun Yahya, tentang kewujudan tuhan yang satu, tuhan yang mentadbir dan menyusun segala alam raya. Masuk sikit point-point Ahmad Deedat tentang kepincangan agama-agama lain, keterpesongan konsep Trinity, Bible yang banyak bercanggah dan lain-lain.
Nak menunjukkan bahawa memang kita betul-betul yakin dengan Islam, dan tiada agama lain selengkap Islam, lalu kita ucap syahadah.

Tapi betulkah makna syahadah setakat tu....?

Insyallah ana cuba kongsikan makna syahadah yang ana faham. Jika tersilap, tolong betulkan.


Makna sebenar

Asyhadu al Laa ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadur Rasulullah
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah
dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah.

Kita semua percaya bahawa Allah satu-satunya tuhan di alam ini. Dialah yang Maha Kuasa. Tiada siapa dapat memberi mudharat dan manfaat selainNya. Dialah yang memiliki syurga dan neraka dan akan memasukkan siapa yang mentaatiNya dalam syurga dan siapa yang mengingkariNya ke dalam neraka nauzubillah.

Allah mahu kita mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Allah berfirman: "..Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu, dan telah Aku redha Islam sebagai agamamu..."( Al-Maaidah: 3 )

Oleh itu, kita pun sangat mengamalkan Islam dalam hidup kita seperti banyak bersembahyang, rajin ke surau, banyak bersedekah, berzikir, bermunajat dll. Tetapi katahuilah anda bahawasanya Islam bukan setakat ibadah yang sohih semata-mata. Islam juga adalah undang-undang, sistem pemerintahan, sistem ekonomi, ketenteraan, sistem sosial dan kesemuanya sekali.

Ikhwah telah membaca ayat Allah tentang kerajaan, kehakiman dan undang-undang:
" Demi tuhanmu, mereka tidak lagi beriman sehingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yang diperselisihkan, dan dalam hati mereka tidak merasa berat atas keputusanmu, dan mereka menerima sepenuhnya.." ( An-Nisaa': 65)

Ada seorang pemuda yang sangat rajin beribadah, dengan solatnya, sedekahnya, wiridnya. Tetapi di pejabat dia menggunakan sistem perniagaan yang bukan dari acuan Islam, mengunapakai undang-undang yang berhaulan barat, malah dia redha dengannya. Adakah dia dikira muslim sejati?

Allah telah mengingkari terhadap mereka yang yang mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain dalam Islam: " Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan kufur pada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian kecuali kehinaan di dunia dan azab siksa yang amat pedih pada Hari Kiamat" (Al-Baqarah: 85)

Kiranya jika kita mengucap 'tiada tuhan selain Allah', kita bukan sahaja bertuhankan Allah ketika solat, malah kita juga berqiblatkan Allah dalam mentadbir negara, berurusan kewangan dan segala aspek kehidupan yang lain. Perkara ini banyak disentuh Syed Qutb dalam bukunya, Maalim fit Toriq.

" Celupan Allah, dan manakah yang lebih baik dari celupan Allah..." (Al- Baqarah: 138)

Baiklah, kita setuju untuk mempraktikkan Islam dalam segenap kehidupan. Tetapi cuba fikir kembali, logikkah untuk kita menggunakan sistem Islam, padahal kepimpinan dunia berada di tangan kuffar?

Lihat Rasulullah ketika di Mekah, dimana kafir Quraisy yang kuat memerintah, ditambah pula dengan Parsi dan Rom yang bermaharajalela, segala sistem ketika itu menggunakan sistem kuffar. Dengan jual belinya, dengan cara perkahwinannya, dengan undang-undangnya, tiba-tiba Rasulullah dan para sahabat mengubahnya dengan undang-undang Islam, sistem ekonomi Islam melainkan diserang secara besar-besaran. Kerana itu kita lihat dalam ayat Makiyyah, tiada diceritakan hukum-hakam Islam.Oleh itu, tidak logik Rasulullah boleh mengamalkan Islam sepenuhnya dalam keadaan kuffar bermaharajalela.

Juga lihat zaman sekarang. Adalah tidak logik untuk kita mengamalkan pemerintahan, undang-undang dan sistem ekonomi Islam padahal Amerika dan sekutunya yang berkuasa itu mencipta sistem mereka sendiri dan memaksa semua negara menggunakanya. Adalah tidak relevan untuk mengamalkan Islam sepenuhnya padahal kuffar yang berkuasa.

Oleh itu wahai ikhwah sekalian, kepimpinan dunia mestilah berada di tangan Islam, barulah ia dapat dilaksanakan sepenuhnya. Kepimpinan itu tidak lain tidak bukan adalah Khilafah, Khilafah yang boleh memayungi semua umat Islam dari ancaman taghut.

Bila sebut tentang khilafah, ia adalah bukan perkara yang mudah. Ia perlu bermula dengan daulah yang kecil seperti di Madinah lalu ia berjaya bertahan dari serangn luar sehingga Rasulullah bersabda setelah tamatnya perang Khandaq:" Sekarang kita bukan lagi diserang tetapi kita pula yang menyerang"

Membebaskan negara lain bukan bererti Rasulullah menyebarkan Islam dengan pedang, tetapi ia adalah asas setelah mengucap 'tiada tuhan selain Allah', tetapi masih ada tanah-tanah lain yang terpaksa tunduk pada 'tuhan' lain.

Raja-raja Rom mencipta undang-undang sendiri lalu memaksa rakyat mematuhinya. Bukankah dia telah mengaku bahawa dirinya tuhan? Siapakah yang lebih layak mencipta peraturan selain tuhan? " Barangsiapa yang tidak memutuskan denan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang kafir" (Al-Maaidah: 44)

Lalu kerana adanya 'tuhan-tuhan' sebeginilah Rasulullah menyerang. Ini terkandung dalam kata-kata Rabi' bin Amir ketika dihadapan Rustum " Kami datang untuk membebaskan penyembahan manusia kepada manusia kepada manusia kepada tuhan."

"Dan perangilah mereka itu, sehingga tiada lagi fitnah, dan menjadikan agama bagiAllah semata-mata.." (Al-Baqarah: 193)

asas pembinaan daulah

" Tidak boleh tidak, kita mesti bermula dari bawah"( kata-kata Syakib Ar-Salan)

Ikhwah sekalian, pembinaan daulah perlukan masa, perancangan yang teliti. Jika kita mahu membina sebuah bangunan yang betul-betul kukuh, tahan ribut, tahan gempa, dan akan tertegak selama yang mungkin, kita perlukan bata yang juga betul-betul kukuh.

Dan untuk membina bangunan tersebut, perlukan 'master plan' yang betul-betul teliti, juga perlukan pekerja yang ramai dan mahir, tidakkan mampu membina seorang diri. Pekerja-pekerja tersebut pula mesti ada organisasi tertentu seperti seorang ketua kontraktor, jurutera mesin dll. Dalam jemaah tersebut juga mesti ada koordinasi, suasana berbincang, bertindak mengikut arahan dan sebagainya.

inilah implikasi syahadah

Ringkasnya, bila kita mengucap 'tiada tuhan selain Allah', kita bukan sahaja kuat beribadat, malah kita menggunapakai sistem Islam keseluruhannya, dan tumbangkan 'tuhan-tuhan' yang lain. Untuk merealisasikannya, perlu ada khilafah yang berkuasa untuk melaksanakan sistem-sistem tersebut tanpa diganggu. Dan untuk menegakkan khilafah pula, mestilah bermula dari bawah, iaitu pembinaan peribadi. Nak bina peribadi, perlu ada gerakkan yang tersusun.

Jadi bila kita ucap kalimah syahadah, secara automatik kita menggabungkan diri kita dengan orang yang faham macam kita. Bila kita ucap syahadah, kita akan tergerak untuk bina manusia menjadi bata yang kukuh. Ucapan syahadah akan membuatkan kita BERGERAK!

Sebab itulah kita lihat para sahabat sanggup menaiki kuda sehingga beribu-ribu batu untuk menyebarkan Islam, hanya kerana mereka faham kalimah syahadah yang mereka ucapkan.
Kita juga melihat pejuangan tokoh-tokoh kontemporari seperti Imam Al-Banna, Syed Qutb, Al-Maududi dan ramai lagi dalam gerakan mereka, tidak lain tidak bukan kerana mereka telah faham syahadah yang mereka ucapakan.

Itulah para sahabat, generasi awwalun yang telah memahami kalimat syahadah pada detik pertama mereka mengucapkannya. Kita pula yang langsung tidak memahaminya walaupun telah mendengarnya sejak lahir. Ini hanyalah rukun pertama dalam rukun Islam. Oh, sesungguhnya perjalanan menjadi rijal masih terlalu panjang, bukan?






1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Allah mengkehendaki apa2 sahaja kepada sesiapa sahaja dan ketahuilah wahai sahabat seagama bahawa kita pada hari ini (umat akhir zaman) dihanyutkan oleh onar ya'jud dan ma'jud (dengan izin Allah). Terbukanya hati untuk mengetahui apakah kalimah syahadah sememangnya suatu hidayah yg sgt besar dari yg Esa. Islamkah kita jika hanya dengan lafaz kalimah syahadah itu?! Islamkah kita jika hanya fahami terjemahan dari arab ke melayu?! Allah telah berfirman ; "Dirikanlah solat untuk mengingatiKu".. Jadi, bolehkah kita mengingati jika tidak mengenali?! Bolehkah kita mengingati anak, isteri, ayah, ibu dan saudara mara jika kita tidak pernah mengenali mereka?! begitulah kita sekarang... Adakah benar2 kita mengenali Allah sebelum kita mampu untuk mengingatiNya?!