

Gambar-gambar sebegini pastinya menggiurkan sesiapa sahaja yang malihatnya. Bahkan, ia adalah impian hidup bagi sesetengah orang. Ia sebenarnya adalah sebahagian nikmat atau kebahagiaan yang belum (atau mungkin sudah?) kita kecapi di bumi ini.
Pun begitu, pernahkah kita lihat sekeliling kita, dan merasai, apa yang kita kecapi sekarang adalah lebih daripada mencukupi.
1. Pernahkah anda melihat manusia yang sejak lahir, seluruh kulitnya penuh bersisik. Jika berpeluh, badan terasa sangat pedih. Inilah yang berlaku kepada adik Irsyad yang berusia 2 tahun (gambar).

2. Pernahkah anda mendengar tentang ibubapa yang mendera, melacur , malah membunuh anaknya sendiri?

3. Pernahkah anda merasai suasana gempa bumi? Bayangkan dalam masa 30 saat sahaja, semua bangunan dan ketamadunan ranap sama sekali.

JADI,
1. Benarlah kata-kata Allah di dalam Al-Quran : "..Dan HANYA SEDIKIT dari hambaku yang bersyukur.."
2. Muhasabah: Adakah anda mengingati nikmat-nikmat ini tatkala anda mengucapkan tahmid 33 kali setelah usai solat fardhu
3. Ingin berkongsi kata-kata salafussoleh : " sangat bahagia hidup seorang mukmin itu kerana apabila dia ditimpa musibah, dia bersabar. Dan apabila dia diberikan nikmat, dia bersyukur.
Wallahu a'lam
2 comments:
terima kasih kerana memberikan sedikit tazkirah untuk diri ini yang sentiasa pelupa
www.aktivismuaz.blogspot.com
Subhanallah...Moga diri ini tidak lalai...
Post a Comment