Pada cuti akhir tahun yang lepas, sebelum balik untuk cuti akhir semester 2 selama 1 bulan(satu tempoh yang panjang bagi pelajar hira’) saya sempat bertanya kepada beberapa teman dan adik-adik tentang apa yang mereka akan buat sepanjang cuti. Respon yang diterima adalah seperti berikut:
Pelajar A : Naqeeb ana ada rancang program, pastu ana ada rancang nak amek tusyen.
Pelajar B : Apa lagi, mestilah lepak dengan member habis-habisan!
Pelajar C : Ntahlah, (tersenyum simpul) ana pun tak tahu nak buat apa.
Bila selesai cuti sekolah, saya pun melihat kesannya. Pelajar A memang meningkat dari sudut semangat mengikut tarbiyyah mahupun pelajaran. Pelajar B pula bertambah rosak dan semakin jauh dari cara hidup Islam. Pelajar C pula, akhirnya dia kecundang. Juga banyak melayari iternet yang bukan-bukan, melepak tidak tentu hala, akhirnya semakin rosak lalu menyertai ‘qabilah’ pelajar B.
Perhatikan persamaan pelajar A dan B, mereka merancang, lalu mendapat manfaat hasil mempraktik perancangan mereka. Sedangkan pelajar C yang tidak merancang buat apa-apa, akhirnya buat juga apa-apa. Bermakna, jika kita tidak merancang sesuatu untuk cuti, benda lain akan masuk, dan biasanya syaitan akan membisikkan kejahatan seperti yang berlaku pada pelajar C. teringat ana pada satu kata-kata salaf:
“ Otak tidak akan berhenti berfikir, mulut tidak akan berhenti berkata-kata, dan tangan tidak akan berhenti bergerak”
Oleh itu, perancangan cuti amatlah penting. Sepertimana kita dijadualkan di sekolah, seperti itulah kita harus membuat jadual untuk mengurus masa kita dirumah.
Ok, buat perancangan, buat jadual………hhmmm………..nak buat apa ye?
Mari mengurus masa
Kalau seseorang itu bercita-cita untuk untuk cemerlang dalam SPM atau PMR atau menjadi seorang al-hafiz semata-mata, maka cuti mereka akan disibukkan hanya dengan belajar dan hafal Al-Quran sepanjang masa. Selepas cuti, memang mereka akan menjadi bijak atau banyak hafalan di kepala. Tetapi fikir kembali, adakah setakat itu cita-cita anda? Jadi bagi mereka yang bercita-cita akan redha Allah dan inginkan perubahan yang hakiki, dengan apa cuti kita patut disibukkan?
Cadangan-cadangan
Bagi mereka yang kekurangan idea, di sini saya kongsikan beberapa cadangan yang dipetik dari pandangan beberapa orang ustaz. Kemungkinan idea ini dapat memuaskan jiwa pemuda Islam yang sentiasa berfikir bagaimana untuk mengoptimumkan cuti mereka semaksima mungkin.
1) Ziarah. Masa cuti inilah kita dapat buat apa yang kita tidak dapat buat, atau susah dibuat ketika di sekolah. Para nuqaba’ bolehlah bertandang ke rumah anak buah untuk lebih mengenali mereka. Menziarahi ahli usrah juga amat praktikal untuk merapatkan ukhuwwah. Untuk mendapatkan beberapa ‘pandangan baru’, ziarah ke rumah ustaz-ustaz atau syeikh-syeikh juga boleh disusun.
2) Membaca tafsir. Al-quran diturunkan bukan untuk dihafal dan dibaca semata-mata, tetapi tujuan utama ia diturunkan adalah untuk diamalkan agar seluruh dunia dapat merasai rahmat yang dibawa Islam. Lalu bagaimana hendak diamalkan jika tidak difahami, lebih-lebih lagi bagi orang melayu. Masa yang terluang bolehlah digunakan untuk mengkaji tafsir seperti Tafsir Fi Zilal dan sebagainya kerana membaca tafsir ini memerlukan masa untuk menghabiskannya. Lebih bagus dimulakan dengan Juz 30 kerana terdapat banyak ayat Makkiyyah iaitu antara ayat yang terawal diturunkan.
3) Membaca juga, dan kali ini bacalah buku-buku sirah atau buku thaqafi yang lain. Kalau boleh tetapkan nak habiskan satu atau dua, sebagai contoh. Jikalau kita ketika sekolah terlalu sibuk hingga tiada waktu untuk membaca, inilah peluang kita untuk qada’!
4) Dalami kemahiran-kemahiran baru. Banyak kemahiran atau skill yang boleh dipelajari di rumah. Contohnya, kemahiran komputer. Banyak dauroh atau pengisian sekarang sering menggunakan slide multimedia untuk menarik minat pendengar. Mereka yang mahir menggubah video juga sangat berguna dalam program-program. Disekeliling kita juga banyak terdapat design-design islamik yang sangat menarik. Semasa cuti, bolehlah ambil kesempatan untuk belajar flash, photoshop dan sebagainya.
Kemahiran memasak juga amat penting selepas tamat sekolah nanti. Mereka yang tidak pandai memasak akan terpaksa bergantung pada orang lain. Terdapat kes pelajar melayu yang belajar di luar negara, pabila tiba hari raya dan ingin menyambutnya ‘gaya Malaysia’ terpaksa bersedih kerana lemang (dikirim khas dari Malaysia) yang dimasak menjadi bubur kerana tidak pernah masak nasi. Nah, daripada tidur selepas subuh, apa kata kita yang menyiapkan sarapan?
Banyak lagi kemahiran lain yang boleh diterokai di rumah, asalkan ianya dapat meyumbang untuk Islam seperti menggubah lagu, membaiki alat elektronik, menjahit dan sebagainya. Al-Banna juga pernah menyeru agar setiap muslimin mempunyai kepakaran tersendiri.
5) Bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini amat penting terutama pelajar asrama yang ingin terjun ke dalam masyarakat dan mengubah keadaan mereka. Manfaatkanlah cuti dengan berkenalan dengan remaja di taman perumahan agar dapat mengetahui sendiri keadaan sebenar mereka. Ini sangat perlu supaya kita mempunyai pandangan yang jauh dan tidak terikat dengan sesebuah suasana sahaja, lalu dapat mengelakkan kejutan budaya atau ‘culture shock’ selepas keluar nanti. Apa salahnya kita meluangkan beberapa minit selepas solat di surau untuk bersembang dengan mereka atau menghabiskan waktu petang kita bermain bola bersama mereka dari terperap di dalam rumah?
Waktu cuti sebegini akan sangat jarang didapati lagi. Manfaatkanlah ia seoptimum mungkin. Ingatlah sebuah hadith Rasulullah s.a.w “ 2 nikmat yang sering dilupa manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang”
Wallahualam.
5 comments:
hmm,ana stuju cdgn nta yg ke5 tu..mmg kte kne try msk ngan msyrkt.spy kte x de la 'culture shock'
btol gak ape yang anta cakap tu.n05 terutamanya.bergaul dengan masyarakat agar tidak culture shock.
tapi persoalannya,kenapa ya saya lihat pelajar hira' sndr tidak bergaul dengan masyarakat?sehinggakan kalau lain jantina hendak bekerja sesama sendiri(pd mase yg same pgaulan di jage)dipandang "pelik" oleh anda semua?kenapa mesti ada mualim baru boleh kerja?setahu saya jika tiada mualim,kemuadian bnn dan bnt bekerja berjumpa,keadaan tersebut akan menimbulkan fitnah.
harap dpt dijawab
Assalamualaikum.
Saudara sayaprihatin,
memang diakui isu 'pemisahan' antara lelaki dan perempuan di hira' adalah sangat keterlaluan. Sehingga banin nak bercakap dengan banat tentang benda baik pun rasa sangat malu.
Keadaan ini sebenarnya sengaja diwujudkan oleh murabbi-murabbi lama atas beberapa sebab.
Sebab yang pertama adalah kerana hira' adalah sebuah sekolah berasrama penuh. Ini bermakna, guru2 berada di sekolah hanya 7-8 jam sahaja sehari. 16 jam selebihnya, 500 orang pelajar dikawal oleh 1 orang warden yang pastinya tidak menang tangan.
Di sekolah2 harian lain, perasaan malu ini tidak keterlaluan, mereka (pelajar lelaki & perempuan) boleh senang2 bersembang di kelas( utk tujuan kebaikan), di kantin dan sebagainya. Bayangkan situasi ini pada sekolah berasrama. Sedangkan pelajar berlainan jantina tidak dipandang pelik untuk bersembang2 di kelas pada waktu sekolah (ada kawalan guru), apatah lagi untuk bersembang2 pada waktu malam (tiada kawalan guru), pasti ia juga tidak dipandang pelik.
Walaupun untuk tujuan kebaikan dan sebagainya, adik2 form 1 dan form 2 pun mula lah meniru-niru amalan abang2 dan kakak mereka. Mereka anggap ini kebiasaan. Lagi2 pelajar yang bermasalah. Pelajar yang tidak bermasalah pun boleh jadi bermasalah disebabkan kebiasaan ini.
Bila dah biasa berjumpa dan bersembang, timbullah pula perasaan untuk berjumpa pukul 2.00 pagi untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Itu baru seorang dua, boleh la warden jaga. tapi kalau kesemua 500 orang pelajar sudah tiada perasaan malu ini, bagaimana?
Memang, malu juga bertempat. Tetapi setelah ana selidik-selidik kebanyakan sekolah, memang malu keterlaluan inilah cara terbaik membendung masalah ikhtilad di sekolah2 asrama. Ia umpama 'dinding lutsinar' yang sangat memudahkan pihak sekolah.
Cara malu keterlaluan ini terbukti sangat berkesan sehingga hira' melahirkan ramai syabab2 dan fatayat2 yang bagus belaka sehingga dicemburui sekolah2 Islam lain.
Anda juga boleh bertanya kawan anda yang bersekolah di sekolah Islam yang mempunyai asrama, yang tiada perasaan malu keterlaluan ini, bagaimana kes2 disiplin
mereka.
Kalau nak berbincang benda baik tu, sangat takde masalah. Panggil je guru penasihat untuk berbincang sama.
Soalan kedua saudara, ana tak berapa jelas.
Wallahualam.
mmg benar ape yg nta katekn..namun,kdg kala d sebbkn perkara ini menyukarkn sesuatu pekerjaan.sebenarnya,sume ni bergantung pd individu tu sndri.insyaAllah klo org tu pandai kawal diri n pandai bw diri die,everything's ok.Am i rite?
kuncinya mudah je, lepas habis SPM, teruskanlah tarbiyah dengan usrah dan program lainnya. Nak bawa diri pun, lama2 akan 'cair' juga.
sekadar cadangan dan pandangan.
Post a Comment