Sunday, August 30, 2009

No komen

Berita di bawah saya petik dari satu laman sesawang. Nak percaya atau tidak, terpulang pada anda. Namun inilah hakikat sebenar! ( masing-masing boleh tepuk dada, tanya diri sendiri)

"Walaupun kadar penembusan Internet di Malaysia hanya 54 peratus dan bukannya di antara yang tertinggi di dunia tetapi pengguna Internet sangat tinggi pengetahuan teknologi Internet ini.

Satu kajian oleh Omnicom Media Group (OMG) mendedahkan lebih 80 peratus pengguna Internet Malaysia sering bersembang secara online, menikmati hiburan (mendengar muzik, radio) dan membaca blog. Manakala 64 peratus menonton video secara online dan mengemas kini laman web jaringan sosial mereka. Peratusan ini berbeza dengan Australia (57 peratus) dan Korea (31 peratus).

Kajian yang diadakan bagi lima negara Asia Pasifik ini melibatkan Malaysia, India, Korea, China dan Australia. Kajian ini juga menyatakan 78 peratus daripada pengguna Internet Malaysia memuat turun muzik, filem atau rancangan televisyen, 86 peratus cenderung kepada permainan komputer dan 91 peratus terlibat dalam pertukaran mesej."


...shhhh...muhasabah diri...muhasabah diri....

sumber: Haluan.org.my

Wednesday, August 26, 2009

PALESTINE VIVRA!



Satu kempen 'Operasi Mandela' telah diadakan di Carrefour, di France baru ni, oleh orang perancis sendiri. Mereka menerjah masuk ke Carrefour untuk mengalihkan barangan Israel dari 'display' pasaraya tersebut.

Ia dinamakan 'Operasi Mandela' kerana Israel, katanya mengamalkan dasar Apartheid macam Afrika Selatan. Mereka juga berkata: "kita pernah berjaya tumbangkan Kerajaan Apartheid Afrika Selatan dengan cara ini (boikot), jadi kita juga boleh melakukan yang sama kepada Israel" (ye ke? fakta ni mungkin kita kena kaji sikit)

Segan juga bila tengok video ni bila terkenangkan kita orang Malaysia mempunyai populasi mejoriti muslim, sedangkan Perancis 5% sahaja. Kita pun masih tak berani berdemo begini. Alahaii....

Mereka yang faham Bahasa Perancis bolehla tolong terjemah-terjemah sikit. Apapun, video versi Inggeris ada di sini

************

PALESTINE VIVRA! (HIDUP PALESTIN!)

Sunday, August 23, 2009

Apakah ramadan bagi anda?


17 Ramadhan (624) : Perang badar Al-Kubra, antara Nabi Muhammad bersama 313 pejuang muslimin menentang 1000 puak kafir quraisy. Kemenangan di pihak Muslimin.

20 Ramadhan (630) : Fathul-Makkah, 10 000 tentera muslim masuk ke Mekah tanpa tentangan.

27 Ramadhan (711) : Pembukaan Spanyol, Tariq bin Ziyad bersama 12 000 tentera muslim berjaya menumpaskan 100 000 tentera sepanyol di muara sungai Barbate.

22 Ramadhan (1187) : Perang Hittin, Salahuddin Al-Ayubi mengalahkan tentera Reynud.

25 Ramadhan (1260) : Perang Ain Jalut, Al-Qutuz menentang tentera Monggol.


*********

Sesetengahnya menganggap Ramadhan Syahru Quran, sesetengah yang lain berkata syahru ibadah, syahru taghyir dan macam-macam lagi nama panggilan.

Semuanya betul, tetapi yang menjadi masalah adalah, apabila sebahagian besar mereka yang bergelar 'duat' beranggapan bahawa, ketika Ramadhan lah masa untuk kita melonggarkan sedikit amal dan lebih menumpukan kepada ibadah khususiah seperti solat dan tilawah.

Apa kata kita lihat kepada Ramadhan melalui kaca mata para sahabah dan salaf seperti kronology yang dititipkan di atas. Mereka menganggap bahawa ketika Ramadhan lah masa berpesta jihad, waktu pahala jihad berlipat kali ganda. Lalu, mereka ingin mencapai kemuncak dakwah pada bulan yang mulia ini.

Ahsanul Amal

Membaca Quran itu bagus, bersolat juga sangat baik. Tetapi bukankah dakwah itu 'ahsanul qaul wa ahsanul amal'? 'a'zomu nikmatullah'? objektif pengutusan rasul? Sangatlah rugi bagi mereka yang sibuk mebaiki tajwid Al-Qurannya, dan tekun meningkatkan kualiti solatnya, tanpa ia sedikit pun berusaha memperbanyakkan usaha dakwahnya serta memperbaiki kemahiran-kemahirannya menarik mad'u.

Ini hanya pandangan peribadi sahaja, melalui pemerhatian saya terhadap seerah para sahabat. Inilah Ramadhan bagi saya, bagaimana dengan anda?