Thursday, March 12, 2009

Di hujung terowong gelap, muncul cahaya

Adakah anda membaca surat khabar pada hari ini (13/3/09)?
Bacalah, anda akan menjumpai sesuatu yang istimewa.





Ini semua adalah keratan akhbar dari Berita Harian yang memaparkan pelajar cemerlang SPM tahun ini. Saya perasan, pelajar-pelajar cemerlang ini sangat berlainan dengan tahun-tahun lepas.

Mari kita ‘flashback’ sedikit.

2004 : Pelajar SPM Terbaik Malaysia adalah Nur Amalina Che Bakri. Bertudung kecil, sering memberitahu bahawa beliau juga gemar menonton televisyen dan mendengar muzik pada waktu lapang. ( Bagi saya, walaupun keputusannya bagus, namun ‘attitude’nya masih belum cukup untuk menjadi role-model muslimah sejati.)

2005 : Pelajar cemerlang semuanya adalah pelajar cina-buddha

2009 : Hanya ada 5 berita pada akhbar Berita Harian menceritakan tentang peribadi pelajar cemerlang SPM tahun ini. Menariknya, 3 daripadanya memberikan tips hidup yang cukup islamik dan bernas.

Gambar 1: Nik Nur Madihah, pelajar terbaik SPM 2009 dari Maahad Muhammadi (perempuan) memberitahu beliau mengulangkaji pelajaran setiap pagi selepas solat tahajjud dan membaca quran

Gambar 2: Mohammad Aizuddin Muhammad Ya’akob, dari SMKA Syeikh Haji Muhd Said, Seremban menceritakan beliau sangat mementingkan hubungan dengan Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Gambar 3: Pasangan kembar Rohamina dan Rohaisha Jamil dari SMK King George 5, Seremban memberitahu pemberita bahawa mereka sering solat hajat dan membaca quran.

Inilah contoh yang kita tunggu-tunggu. Mereka berjaya memberitahu 27 juta rakyat Malaysia bahawa kecemerlangan syakhsiah mestilah seiiring dengan akademik. Tahniah buat mereka!

P/S: bukankan sekarang masyarakat sedang sibuk dengan isu pelajar sekolah, dengan buli, bunuh, isu mengandung awal dll. Harapnya mereka dapat cari penyelesaian dengan 3 keratan akhbar ni.