Tuesday, June 29, 2010
'Aku' di KUIS
Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat juga saya pergi ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran. Sekarang saya berada di KUIS, sedang berkusus di bawah tajaan JAIS. 10 bulan saya berada di rumah, membuat persediaan ke mesir, pastinya bukan duduk goyang kaki sahaja. Tambah lagi di KUIS yang menyusun jadual padat untuk kami. Jujurnya, banyak yang ingin dikongsi di sini. Namun memandangkan 'connection' internet di sini kurang baik, mungkin lain kali. Sampai di sini sahaja, wassalam. ;)
Monday, May 10, 2010
Pelik bin ajaib

Dapatkah anda mengagak apa yang pelik pada keratan akhbar di atas?
.......................................
................................dah jumpa?
Sememangnya saya tahu anda juga bijak seperti saya. Di sebelah kanan terdapat berita tentang bayi yang ditinggalkan di tepi surau (besar kemungkinan anak luar nikah). Di sebelah kiri pula terdapat gambar seorang artis wanita dalam 'pose' yang memberahikan.
1. Sudah terang lagi bersuluh. Kini kita sudah tahu siapakah antara penyebab gejala seks bebas di kalangan muda-mudi: surat khabar itu sendiri! Malah, tindakan sebegini seakan-akan pihak akhbar sendiri mahu mengisytihar terang-terangan bahawa dia adalah 'wadah cakna masalah umat', sekaligus 'wadah penggalak zina'! Sungguh kurang ajar.
Thursday, April 29, 2010
Being popular?
" Kita bukan orang yang mencari populariti semata-mata, tapi kita berniat membawa islah dalam masyarakat dengan populariti yang kita bina" - nukil seorang murobbi tarbiyah dari Iraq.
Baru-baru ini, seorang penulis blog 'kickdafella', Syed Azidi Aziz sering menerjah ke ruang berita-berita di tanah air. Ramai yang tertanya-tanya, "eh, dengan tulis blog pun boleh terkenal ke?"
Nak tahu rahsianya, anda kena lah baca blognya sendiri yang secara purata mencecah hits sebanyak 4,700 sehari itu.
Kenali latar belakang Syed Azidi Aziz @ Syeikh :http://kickdefella.wordpress.com/about/
*maaf, posting versi sibuk. Walau apapun, saya mesti capai target iaitu minima 1 posting sebulan. (kalau macam ni, sampai bila pun tak popular macam 'kickdafella' ;)
Monday, March 29, 2010
E.G.M - M.C.A

Apa anda tahu mengenai EGM MCA baru-baru ini?
Maaf untuk berkelakuan agak 'politician', namun semangat Islam mengatasi segalanya.
Ya, berbalik pada soalan. Mungkin ramai menjawab Chua Soi Lek menjadi presiden walaupun pernah mempunyai skandal seks dll. Saya rasa itu adalah isu biasa saja. Umum juga mengetahui seks bebas tidak diharamkan dalam peraturan hidup mereka. Jadi perkara ini tidaklah menghairankan.
Berita Datuk Chua Soi Lek menjadi presiden diliputi hampir semua akhbar tabloid tempatan. Namun berita-berita 'lain', secara detailnya saya peroleh dari seorang kawan.
Dalam EGM baru-baru ini, perwakilan ada mengemukakan beberapa usul. Antara yang mendapat sokongan sebulat suara adalah:
1. Penambahan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam,
2. Perubahan dan inovasi pengkongsian kuasa Barisan Nasional (BN),
3. Penambahan sekolah vernakular dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di semua sekolah persendirian Cina.
4. Semua jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) mengubah suai silibus mengikut fakta sejarah dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya
5. Meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW)
Pada pendapat saya, resolusi nombor 2 bersifat stratergi, nombor 4 bersifat jangka masa panjang, manakala nombor 5 pula bersifat mahu 'test power'.
Wednesday, February 24, 2010
Raai', ya Dubai!
Namun begitu, isu sekarang telah membuktikan sebaliknya. Tragedi pembunuhan Mahmud Al-Mabhuh ala James Bond di Dubai telah diambil perhatian sepenuhnya oleh polis Dubai, sehingga berikrar akan mengheret Benjamin Netanyahu ke mahkamah antarabangsa. Walaupun UAE tahu kesan terhadap tindakan yang diambilnya, seperti tekanan Eropah, pemulauan ekonomi dan sebagainya, mereka tetap bersungguh menyiasat kes ini untuk membuktikan orang Yahudi telah bersalah.
Raai' ya Dubai!
Polis Dubai menegaskan: " Kami punyai berpuluh-puluh bukti bahawa Israel terlibat"

Rakaman CCTV
Sedikit tentang Mahmud Al-Mabhuh
Lahir di Gaza pada 1960, seorang anak yang lahir dalam dunia pelarian dan mengenal erti jerih payah kehidupan.
Mula menyertai Ikhwan pada umur 10 tahun, dan sejak itu, banyak menjayakan operasi-operasi HAMAS. Beliau adalah salah seorang pengasas Briged Al-Qassam yang digeruni Yahudi kerana operasi beliau yang licik dan hebat. Diantara yang terbesar adalah operasi menculik 2 askar Yahudi, Ilan Sa'doun dan Avi Sbourts pada 1989, yang membawa kepada pertukaran tahanan antara Israel dan Palestin. Beliau diburu Mossad sejak itu.
Sebelum pembunuhan ini, 3 kali percubaan membunuhnya gagal. Pada 1991, 2004 dan 2008. Dalam temuramahnya bersama Al-Jazeera yang ditayangkan 6 Januari lepas, beliau menyebut: " Saya tahu (bahawa) saya adalah target Mossad sekarang. Namun saya hidup bahagia di bawah perlindungan Allah".
Pembunuhan di Dubai.
Pada pagi 19 Januari, Mahmoud tiba di Lapangan Terbang Dubai dari Damsyik, tanpa pengawal peribadi. Beliau check-in di Hotel Al-Bustan Rotana pada 3.25 petang yang sama. Keluar sebentar, dan pulang ke hotel tepat pukul 8.25 malam. Sejam kemudian, isterinya menelefon dari rumah, namun tidak dijawab. Polis Dubai menganggarkan beliau meninggal pada pukul 9.00 malam.
Polis juga mengesyaki beliau diberi kejutan elektrik kemudian dicekik hingga mati. Sesetengah media eropah melaporkan beliau disuntik racun. Apapun, keputusan rasmi akan didedahkan awal Mac ini.
Kata hikmat
Beliau menambah dalam temuramah Al-Jazeera : "Siapa yang memilih jalan ini, pasti dia tahu mana akhirnya..."
Moga Allah menggolongnya dalam golongan orang-orang syahid, Amin.

Tuesday, February 16, 2010
Jalan-jalan, cari info
Rakan saya pernah menulis; " Saya sangat suka membaca perihal tentang sesuatu tempat, sejarahnya, keadaan manusianya, cuacanya dan sebagainya. Saya suka, saya minat". Oleh itu, apabila beliau pergi ke suatu tempat, beliau akan menulis tentang tempat itu: sejarahnya, geografinya, masyarakatnya, dan lain-lain. Saya amat meminati tulisan beliau dan tulisan-tulisan orang lain, berkenaan dengan tempat yang mereka ziarahi. Budaya sekarang dipanggil 'travelling'.
Beginilah asas kepada penemuan ilmu sosiology. Bapa Sosiology, Ibn Khaldun telah mengembara ke banyak tempat, seterusnya membukukan pemerhatian-pemerhatiannya. Lalu, lahirlah kitab 'Al-Muqaddimah' yang terkenal itu.
Ibn Battuta, Marco Polo, Laksamana Cheng Ho, adalah beberapa pelayar yang terkenal, atau diistilahkan sekarang sebagai 'traveler'. Bahasa Melayu mungkin boleh panggil 'pelancong sepenuh masa'. Tapi mereka bukan melancong saja-saja. Mereka mencatit apa yang mereka alami. Lalu setelah cendikiawan zaman sekarang meneliti catatan mereka, mereka dapat mengetahui banyak sejarah-sejarah lama. Tidak disangka, dengan melancong pun boleh jadi terkenal.
Jika anda seorang sejarahwan, dan anda mahu mengkaji tentang sejarah-sejarah Tanah Melayu, misalnya, anda tidak akan dapati rujukan untuk membuat kajian, kecuali dari tulisan-tulisan 'Mat Salleh' yang bermastautin di Tanah Melayu ketika itu. Ramai orang melayu ketika itu, namun bezanya, mereka tidak MENULIS.
Ok, hari ini, saya akan mulakan rangkaian penulisan saya (insyallah), tentang tempat-tempat yang saya lawati.
Tuesday, January 26, 2010
HARI INI DALAM SEJARAH.
Saban tahun, kita menyambut 1 Januari dengan meriah. Memandangkan ianya adalah tarikh tahun baru bagi setiap tahun, ramai yang memanfaatkannya dari sudut positif seperti memperbaharui azam, memuhasabah diri, mengadakan ceramah di surau dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan dengannya, seperti membuat ‘party’ dan sebagainya.
Dari segi lain, 1 Januari juga kaya dari sudut sejarahnya seperti pengisytiharan penubuhan United Nations (UN), tarikh kemerdekaan Negara Haiti dan Cuba dan sebagainya.
Namun begitu, adakah anda sedar bahawa tanggal 20 Januari juga mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi kepada negara kita? Saya percaya, kurang 20% dari rakyat Malaysia yang menyedari nilainya serta mengambil iktibar darinya. Walhal, ia adalah tarikh yang sangat perlu diingati, terutama bagi kita seorang warganegara Malaysia yang muslim.
Dari segi lain, 1 Januari juga kaya dari sudut sejarahnya seperti pengisytiharan penubuhan United Nations (UN), tarikh kemerdekaan Negara Haiti dan Cuba dan sebagainya.
Namun begitu, adakah anda sedar bahawa tanggal 20 Januari juga mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi kepada negara kita? Saya percaya, kurang 20% dari rakyat Malaysia yang menyedari nilainya serta mengambil iktibar darinya. Walhal, ia adalah tarikh yang sangat perlu diingati, terutama bagi kita seorang warganegara Malaysia yang muslim.
Sunday, January 3, 2010
Hebahan : Moh kita datang ramai-ramai.

Salam.
Berita baik buat mereka yang ingin ke Timur Tengah (sambung belajar dalam bidang agama), Ikatan Muslimin Malaysia tampil membuat kelas khas untuk anda semua!
Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.
Ataupun klik di sini.
Friday, December 18, 2009
Perasaan tahun baru
Bila tibanya satu sambutan, seperti Hari Raya, harijadi dan sebagainya, saya percaya, masing-masing punyai perasaan berbagai-bagai yang unik, mengikut sejarah masing-masing. Contohnya seseorang yang kehilangan ibubapanya kerana accident jalanraya, pasti hanya berteman tisu sahaja pada pagi raya. Namun bagi kebanyakan lainnya, berasa cukup gembira kerana dapat makan lemang, berjumpa sanak saudara, dan dapat duit raya.
Suasana tahun baru pun begitu, masing-masing punyai perasaan masing-masing. Ada yang berazam bersungguh-sungguh dan bertekad memperbaiki diri, ada yang berseronok mengira detik jam di Dataran Merdeka. Ada juga yang tak perasan sudah masuk tahun baru.
Ini pula perasaan saya bila masuk tahun baru, hijrah.
1. Seperti yang anda lihat sekarang, masyarakat Islam di negara kita masih lemah di sudut 'al-wa'yu islami', ataupun kepekaan Islamik. Anda dapat melihat dengan mata anda sendiri betapa endah tak endahnya rakyat Malaysia dengan ketibaan Tahun Baru Hijrah. Tahun Baru Cina ataupun Krismas lebih meriah disambut di TV3 berbanding program Tahun Baru Islam ini, walaupun taukenya seorang bumiputra beragama Islam. Banyak juga contoh lain yang anda pun lebih arif tentangnya. Saya anggap ini adalah satu kayu ukur, betapa kuatnya pengaruh sekularisme bertapak di minda umat Islam di negara kita. Apa lagi, saya pun berasa sedih lah.
2. Pada hari 1 Muharram 1431 tersebut, secara kebetulan saya terdengar IKIM.FM dalam kereta. Waktu itu, D.J. sedang mengalunkan sebuah sajak tentang Rasulullah s.a.w. dengan memujinya, dan menceritakan jerih payahnya. Hati saya amat tersentuh. Sejenak, saya teringat juga bahawa ulang tahun hijrah, bermakana ulang tahun Ar-Rasul kita keluar dari segala kesempitan. Adakah anda masih ingat harga yang Rasulullah perlu bayar untuk hijrah ini? Adakah anda masih ingat bahawa baginda telah diboikot selama 3 tahun sehingga ada yang memakan daun kering sebelum hijrah? Adakah anda ingat bahawa isteri dan pakcik baginda yang tercinta meninggal kerana boikot itu? Kemudian tanpa perlindungan pakciknya, Baginda mengharungi hari-hari yang amat mencabar sebagai seorang Muslim di Mekah?
Objektif hijrah yang utama adalah untuk meyelamatkan aqidah umat Islam pada ketika itu. Bermakna, jika mereka duduk lagi lama di Mekah, samada aqidah ataupun nyawa yang akan hilang dalam diri mereka. Semua kepayahan sebelum hijrah ini ditempuhi Baginda sebelum 1 Muharram. Dapatkah anda bayangkan perasaan baginda bila melihat bukit-bukit di Madinah semasa hijrah? Pastinya sangat gembira dan terharu!
Semua flashbacks diatas membuatkan hati saya bercampur-baur antara gembira dan sedih. Benarlah kata-kata cikgu sejarah saya dulu, "sejarah ni bukan untuk dihafal, tetapi untuk dihayati dan diambil pelajaran".
3. Di sebalik kesedihan-kesedihan itu, ada satu yang membuatkan saya lega. Saban hari, progress kesedaran masyarakat Islam di Malaysia semakin hari bertambah baik. Saya hanya meneka, mungkin situasi 'politik sensasi' di Malaysia menyebabkan ramai setuju bahawa umat Islam di negara ini mesti bersatu. Ramai saya jumpa anak muda, kebanyakannya yang pakai baju ketat-ketat (lelaki) yang tidak suka dengan politik. Kata mereka sebab tak mahu terlibat dengan perpecahan umat Melayu-Islam yang jatuh-menjatuhkan.
Saya jalan-jalan di laman sesawang pun, berjuta-juta blog islamik muncul. Satu petanda yang amat baik. Tapi, kesedaran saja tak cukup. Transformasi kepada amal, itulah yang susah. " Easier said than done", kata orang putih.
Kerja semakin banyak, umur semakin kurang. Heiiii....
Sunday, November 8, 2009
Alhamdulillah....
Gambar-gambar sebegini pastinya menggiurkan sesiapa sahaja yang malihatnya. Bahkan, ia adalah impian hidup bagi sesetengah orang. Ia sebenarnya adalah sebahagian nikmat atau kebahagiaan yang belum (atau mungkin sudah?) kita kecapi di bumi ini.
Pun begitu, pernahkah kita lihat sekeliling kita, dan merasai, apa yang kita kecapi sekarang adalah lebih daripada mencukupi.
1. Pernahkah anda melihat manusia yang sejak lahir, seluruh kulitnya penuh bersisik. Jika berpeluh, badan terasa sangat pedih. Inilah yang berlaku kepada adik Irsyad yang berusia 2 tahun (gambar).
Bayangkan bagaimana dia hendak beriadhah ketika besar nanti, dieejek oleh rakan-rakan kerana memiliki wajah yang hodoh, aktiviti sosialnya pasti terjejas teruk. Cuba lihat wajah anda, walaupun tidak secantik mana, namun ia lebih dari cukup berbanding adik Irsyad, bukan?2. Pernahkah anda mendengar tentang ibubapa yang mendera, melacur , malah membunuh anaknya sendiri?
Kejadian sebegini semakin lazim di kalangan rakyat Malaysia. Cuba lihat ayah dan ibu anda, bukankah mereka sangat menyayangi anda, sehingga sanggup bekerja siang dan malam untuk membiayai yuran pengajian anda? Bayangkan jikalau ibubapa anda bersikap sebaliknya, iaitu dengan mendera, melacur dan membuang anda. Bukankah hidup anda akan jadi lain daripada sekarang?3. Pernahkah anda merasai suasana gempa bumi? Bayangkan dalam masa 30 saat sahaja, semua bangunan dan ketamadunan ranap sama sekali.
JADI,
1. Benarlah kata-kata Allah di dalam Al-Quran : "..Dan HANYA SEDIKIT dari hambaku yang bersyukur.."
2. Muhasabah: Adakah anda mengingati nikmat-nikmat ini tatkala anda mengucapkan tahmid 33 kali setelah usai solat fardhu
3. Ingin berkongsi kata-kata salafussoleh : " sangat bahagia hidup seorang mukmin itu kerana apabila dia ditimpa musibah, dia bersabar. Dan apabila dia diberikan nikmat, dia bersyukur.
Wallahu a'lam
Subscribe to:
Posts (Atom)