Musibah sering melanda dalam kehidupan seorang manusia. Namun yang membezakan jiwa seseorang itu dengan yang lain adalah bagaimana dia menghadapinya. Musim banjir kali ini memberi impak luar biasa kepada negara kerana skalanya yang agak besar. Puluhan NGO bertungkus lumus turun padang membantu mangsa banjir. Ulama pula memainkan peranannya pesan-memesan bahawa banjir adalah ujian dari Allah untuk mengingatkan manusia.
Di celah-celah itu, ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Segelintir golongan muda yang terpengaruh dengan fahaman anarki dari Barat misalnya cuba mewar-warkan bahawa banjir bukan peringatan dari Allah, namun ia adalah natijah perbuatan manusia semata-mata. Korupsi yang berlaku dalam kerajaan, dan pembalakan haram yang dilindungi penjenayah berkolar putih adalah punca utama banjir. Slogan ‘banjir datang dari Allah’ hanyalah muslihat pemerintah untuk mengkaburi jenayah sahaja, dakwa mereka.
Penulis novel fiksyen tanahair, Faisal Tehrani umpamanya menulis, dipetik “Sudah tiba masanya rakyat bangkit menolak alasan keagamaan yang apologetik digunakan oleh ulama dan penguasa. Sudah tiba masanya kerajaan (negeri dan persekutuan) akur dengan saranan dan nasihat berasaskan kajian yang dilakukan oleh ahli akademik di negara ini”.
Bahaya extrimism Qadariah
Dalam kita sibuk mencari dalang banjir besar yang melanda Pantai Timur, jangan lupa bahawa ia tidak pernah terkeluar dari ketentuan Allah. Sebelum ianya adalah perancangan manusia, selamanya ia termasuk dalam perancangan Allah.
Allah s.w.t berfirman dalam surah Yunus, ayat 107, terjemahannya :
“ Dan jika Allah menimpakan bencana ke atasmu, maka tiada siapa dapat menghilangkannya kecuali Dia”
Dan ia juga telah tertulis di Luh Mahfuz. Allah berfirman dalam surah Al-Hadiid , ayat 22, terjemahannya :
“ Setiap bencana yang menimpa bumi dan menimpamu sendiri, semuanya telah tertulis di kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya, dan demikian itu adalah mudah bagi Allah.”

Premis yang sama juga disebut Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas :
“ …Jika ummah seluruhnya berkumpul dan cuba memberi manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu sedikitpun kecuali apa yang ditetapkan oleh Allah untukmu, dan jika mereka berkumpul dan cuba memberi mudarat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu sedikitpun kecuali apa yang ditetapkan oleh Allah untukmu..” - riwayat Tarmizi, hadith hasan sohih.
Menidakkan takdir Allah bisa menggelincirkan aqidah seperti gelincirnya Qadariah dengan fahaman mereka. Perkara ini tidak boleh dibuat main kerana boleh membawa kepada kesesatan malah kekufuran!
Jangan pula terlalu kontradik yakni berserah kepada takdir semata dan tidak cuba menyelesaikan masalah banjir ini. Dalam menghadapi musibah, kita diajar untuk menerima takdir Allah dan dalam masa yang sama mengambil segala asbab dan faktor untuk penambahbaikan. Persis seperti kata-kata Umar Al-Khattab : “ pergi dari qadar Allah kepada qadar Allah yang lain..”

Hentikan sebentar obsesi pada ‘guillotine'
Faisal menulis lagi, dipetik “ yang di atas kita adalah rantaian syaitan iaitu ‘peniaga haloba, politikus khianat dan agamawan berperangai anjing’. Mereka tidak dapat berada di atas jika kita di bawah tidak menggalas mereka.”
Di kala air lumpur membawa pergi bayi dari dakapan ibu, beribu kehilangan tempat tinggal dan harta benda, serta berkampung-kampung manusia terputus bekalan makanan, saat ini bagi saya adalah masa yang sangat kurang sesuai untuk menyemai ‘anti-establishment’.
Waktu kecemasan ini adalah detik yang kritikal bagi kita untuk menjadi rakyat yang produktif. Ayuh ketepikan seketika logo di baju atau perdebatan bourgeoisie-proletariat sehingga air kembali surut.
Jika anda adalah hartawan, berikan sumbangan anda, jika anda punya kudrat, daftarkan diri menjadi sukarelawan, jika anda boleh menulis, berikan sokongan moral pada petugas yang bekerja 24-7.
Ya, jika kita lengserkan pemimpin yang korup itu sekalipun, kita sekali-kali tidak akan melantik pemimpin baru dari rakyat yang suka menangguk di air yang keruh.