Tuesday, December 23, 2008

Aduhai wargaku!




Kebelakangan ni, saya agak banyak membaca isu-isu di Timur Tengah. Kerana yang pertama isu-isu penting di sana tak banyak dikupas akhbar-akhbar tabloid tempatan ( kalau ada pun, diulas secara tidak adil), yang kedua kerana di sanalah banyaknya saudara-saudara kita ditindas ‘secara professional’ namun dunia dibutakan dengan isu-isu lain yang kurang penting seperti kelembapan ekonomi dunia, pelan menyelamat industri automotif di AS dan lain-lain. Banyak juga perkara- perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas, diantaranya adalah..

1. Muntazer al-Zaidi membaling kasut kepada Bush (15/12)
Kisah ini sangat mendapat tempat di kalangan orang Arab yang menyokong beliau, sehinggakan seorang doktor ikhwan, D. Jabir Kumayha membuat satu puisi khas tentang kejadian ini. Ia boleh dibaca di sini ( kalau anda paham arab la) http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=43369&SecID=295

Dalam satu wawancara dengan stesen televisyen terkenal sempena hari-hari terakhir beliau sebagai presiden, Bush mengaku bahawa kesilapan terbesar beliau lakukan ketika memegang jawatan presiden selama 2 penggal adalah mempercayai maklumat risikan (intelligent) yang mengatakan bahawa Iraq mempunyai WMD. Bermakna beliau terang-terang mengaku bahawa beliau tersilap menyerang Iraq.

Kejadian tersebut berlaku pada majlis ‘selamat tinggal’ yang Bush adakan kerana beliau akan melepaskan jawatan beliau tidak lama lagi. Biasanya, seseorang itu membuat majlis selamat tinggal setelah berjasa kepada sesuatu tempat seperti guru yang ingin berpindah telah berjasa beberapa tahun dan anak muridnya sangat sayang untuk melepaskannya pergi. Tetapi Bush telah menukar Iraq menjadi neraka, tiada tempat yang selamat, ekonomi Iraq hancur lebur, rakyatnya menderita kelaparan, wanita Iraq dirogol beramai-ramai di dalam penjara. Ini semua adalah ‘jasa’ yang Bush beri kepada Iraq, dan Bush masih sangka rakyat Iraq sangat menghargai ‘kemajuan’ yang AS bawa, dan rakyat Iraq sangat sayang untuk melepaskannya pergi. Maka Muntazer telah meluahkan rasa ‘terhutang budi’ pada Bush dengan cara yang begitu tepat sekali.

2. HAMAS umumkan genjatan senjata berakhir! ( 19/12)
Setelah berbincang dengan pertubuhan lain seperti Jihad Islam, Front Rakyat untuk Pembebasan Palestina (PFLP) dan Front Demokratik untuk Pembebasan Palestina (DFLP), mereka semua bersepakat menamatkan genjatan senjata dengan Israel yang membawa lebih banyak mudarat berbanding manfaat kepada rakyatnya. Sepanjang 6 bulan genjatan senjata tajaan Mesir itu berjalan, 183 kes pencabulan perjanjian telah dilakukan Israel dan HAMAS pula membalas sebanyak 170 kali.

3. Kapal Karamah berlayar membawa kebebasan (21/12)
Sebuah kapal dari Cyprus berlabuh di Gaza buat kali ke-3 dengan membawa bantuan berbentuk tepung dan ubat-ubatan dari negara-negara Arab dengan mengendahkan ancaman tentera laut Israel. Ia berlayar semula ke Cyprus dengan membawa mahasiswa-mahasiswa Palestin yang mendapat tawaran di universiti di luar negara. Dengan membawa slogan ‘penghapusan sekatan’, bantuan tersebut menggunakan jalan laut kerana tidak tahan dengan karenah pemimpin-pemimpin Arab yang didapati dengan sengaja tidak menghapuskan sekatan yang dikenakan penduduk Gaza.

Friday, December 5, 2008

Di manakah Arier Sharon?








Percaya atau tidak, inilah gambar Ariel Sharon sekarang ( gambar kecil adalah Firaun). Yang dahulunya Perdana Menteri Israel, dan perancang kepada pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Shabra dan Shatilla pada tengah hari Rabu, 15 September 1982 lepas.( perhatikan dahinya, ia sangat mirip dengan Ariel Sharon ketika sihat)

Diberitakan kini beliau hanya seberat lebih kurang 20 kg.

Saya mengetahui berita ini dari seorang aktivis Palestin yang bernama Abu Mahfuz. Beliau datang dari Jordan untuk memberi ceramah anjuran AMAN PALESTIN di Shah Alam, Oktober lepas dan berita ini disahkan sendiri oleh beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila baca petikan Majalah Qiblati, vol.01/no. 09/Mei-Jun 2006 terbitan Jeddah, KSA , di sini