Saturday, September 27, 2008

La'allakum tattaqun


Izmir : Abah, abah…

Abah : ye?

Izmir : Izmir pelikla bah, kenapa Ramadan kite dengan Ramadan para sahabat lain? Ustaz Izmir kata kat sekolah, sahabat banyak berperang pada bulan Ramadan ni, kejayaan besar-besar pun mereka perolehi. Bila Izmir check sirah, memang betul, perang hebat-hebat semuanya pada bulan Ramadan. Perang Badar Kubra, Perang Ain Jalut, Fathul Makkah, Pembukaan Konstantinopel dan macam-macam lagi. Tapi bila Izmir tengok kat Malaysia ni, semua orang sibuk dengan solat, qiam, dan tadarus je setiap hari. Kenapa boleh berbeza ni bah?

Abah : Izmir, memang betul apa yang Izmir cakap tu. Zaman sahabat, time bulan puasalah mereka pulun untuk perang habis-habis, dakwah digerakkan di sana-sini dan sebagainya. Tapi kita sekarang pulun tilawah quran, qiam dan semua ibadah ritual yang lain, usrah pun dihentikan sementara untuk member peluang beribadah.

Izmir kena ingat,Allah susun semua kemenangan Islam pada waktu dulu adalah sebenarnya peringatan Allah pada muslimin yang lain. Ada pengajaran di sebalik semua peristiwa tersebut. Cuba Izmir tengok, dalam bulan Ramadan ni Allah susun puasa, solat Tarawikh, tadarus, qiam, zakat fitrah dan semua ibadah sunat yang lain, semuanya adalah untuk mentarbiyyah jiwa, mensucikan hati dan mendekatkan diri kepada Allah. Bila hati dah suci, jiwa dah bersih, hubungan dengan Allah sangat rapat, maka barulah pelbagai kejayaan besar dapat dicapai, hatta menakluk bumi sekalipun. Sebenarnya Allah nak tunjuk, dengan dekatnya umat Islam pada Allah, sucinya hati mereka, tingginya taqwa mereka, maka barulah kejayaan dapat dicapai. Kekuatan pertama adalah iman dan taqwa, kemudian barulah kekuatan yang lain.

Izmir : Oh, barulah Izmir faham. Satu lagi soalan, hari tu time Izmir tengah study untuk UPSR, kawan Izmir tegur supaya mengurangkan belajar dan melebihkan ibadah seperti qiam dan tadarus. Izmir pun cakapla yang belajar ini pun satu ibadat sunat, dapat pahala jugak. Dia pun terdiam. Yang mana satu betul bah?

Abah : Dua-dua betul. Izmir betul yang ibadah tu sangat luas, tidur, istinjak, berfikir, melihat juga adalah ibadah, termasuklah belajar. Tetapi macam yang abah cakap tadi, taqwa itulah target kita bulan Ramadan ni, agar kita dapat jadi sehebat para sahabat tadi. Oleh itu, ibadah ritual seperti solat, tadarus, qiam dan sebagainya haruslah diperbanyakkan kerana bila kita solat, misalnya, kita akan tumpu 100% untuk ingat Allah, maka iman dan taqwa pun meningkat.

Berbanding belajar, ia pun ibadah jugak, tapi time belajar Izmir kena tumpu pada subjek tulah. Tapi bila tengah exam ni, janganlah tak belajar terus, pandai-pandailah bahagi masa. Abah harap anak abah dapat 5A lah ye.

Izmir : Insyallah. Eh, bah dah pukul 10.00 malam ni, Izmir kena tidur sebab nak qiam. Esok kejut Izmir pukul 3.00 ye bah?

Abah : Ok. (dalam hati) bagus anak aku ni rupanya.